Pages

Thursday, April 11, 2013

Wanita Gemuk Dihalang Menaiki Pesawat Meninggal Dunia

Vilma Soltesz.jpgSeorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Janos Soltesz yang 'kehilangan' isterinya pada tahun lalu selepas tiga syarikat penerbangan enggan membawa isterinya itu dari Eropah ke AS, bertindak menyaman syarikat-syarikat terbabit berjumlah AS$6 juta (RM18 juta),

Syarikat-syarikat penerbangan itu enggan membawa isteri plaintif, Vilma Soltesz kerana wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, menurut saman yang difailkan lelaki itu di Mahkamah Persekutuan di Manhattan.
Ketika kejadian itu, Soltesz dilaporkan mempunyai berat badan sebanyak 193 kilogram, selain berkerusi roda dan menghidap penyakit diabetis serta buah pinggang.
Soltesz ditemui meninggal dunia di kediaman percutian mereka di Hungary pada Oktober 24 Oktober lalu.
Menurut saman yang difailkan, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu menyebabkan kematian dan melakukan kecuaian melampau.
Pasangan itu meninggalkan rumah mereka di Bronx pada September lalu untuk bercuti di Hungary dengan menaiki pesawat Delta Air Lines dengan Vilma diberikan dua tempat duduk.
Namun, pada 2 Oktober lalu, Soltesz terpaksa dirawat di hospital Hungary selepas jatuh sakit, tetapi dibenarkan keluar hospital dan menaiki pesawat dengan syarat dia haruslah berjumpa doktor sejurus selepas tiba, menurut tuntutan saman tersebut.
Dua minggu selepas itu, pasangan tersebut cuba meninggalkan negara itu menggunakan kaedah sama seperti mereka pergi ke negara ini sebelum ini, tetapi penerbangan KLM Royal Dutch Airlines, Delta dan Lufthansa menolaknya dengan memberi alasan tertentu.
Selepas beberapa minggu mencuba, mereka masih gagal dan Soltesz yang keletihan dan sakit akhirnya hanya terbaring di atas katil di rumah percutian mereka di Veszprem sehinggalah dia ditemui meninggal dunia oleh suaminya pada 24 Oktober lalu. -

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...