Pages

Wednesday, April 3, 2013

Wanita Diplihara Monyet Masa Kecil

Marina Chapman, dalam buku nukilannya, The Girl With No Name: The Incredible True Story of the Girl Raised by Monkeys, yang disiarkan secara bersiri oleh akhbar The Mail, menceritakan bagaimana sekumpulan monyet jenis capuchin menjaganya di dalam hutan
selama lima tahun selepas dia ditinggalkan di hutan itu ketika berusia empat tahun.

Menurutnya, kumpulan monyet itu mengajarnya kelangsungan hidup dalam hutan termasuk mencari makanan, berkomunikasi, memanjat dari satu dahan ke satu dahan dan tidur di atas pokok.

"Semuanya berlaku dengan pantas sekitar tahun 1950-an. Saya melihat lelaki berkulit hitam memegang kain putih dan kemudian saya terbau bahan kimia yang sangat kuat. Selepas itu saya tidak lagi sedar apa yang berlaku," katanya.

Selepas terjaga, Chapman mendapati dirinya berada di dalam sebuah trak bersama beberapa kanak-kanak lain sebelum dibuang ke dalam hutan oleh lelaki yang tidak dikenali.

Pagi kedua berada di dalam hutan, dia terjaga dan berasa sangat lapar, namun berasa terkejut selepas mendapati sekumpulan monyet mengelilinginya.

Pada mulanya kumpulan monyet itu melihatnya dalam keadaan pelik, namun haiwan itu tidak menyerang, tetapi mendekati dirinya.

Disebabkan monyet tersebut memiliki makanan, Chapman sedar dia perlu mengikuti cara haiwan itu untuk terus hidup atau dia akan mati kerana kelaparan.

"Hari demi hari saya menunggu ibu bapa saya datang untuk menyelamatkan saya, namun mereka tidak muncul. Harapan saya semakin lama semakin hilang, malah saya berasa selesa bersama kumpulan monyet itu," katanya.

Selepas beberapa tahun di dalam hutan, dia mula berani meneroka kawasan lebih jauh daripada kebiasaannya sehingga bertemu dengan kumpulan manusia yang menghuni pinggir hutan dan akhirnya tinggal bersama keluarga tersebut.

Chapman mengakui dia mempelajari banyak perkara di dalam hutan, terutama sekali mengenai kehidupan berkeluarga, kasih sayang dan perhatian
Sumber

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...