Pages

Friday, April 26, 2013

Timbalan KP Kastam Diraja Datuk Shaharuddin Ibrahim Maut Di Tembak?

20130411Timbalan KP Kastam Diraja Malaysia Datuk Shaharuddin Ibrahim

Berita yang menggemparkan pagi ini apabila Timbalan Ketua Pengarah Kastam bahagian Perkastaman Dan Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, dilaporkan media telah maut ditembak

ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini. Ianya sekaligus mempersoalkan tahap keselamatan di negara kita masakini.Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putra Jaya.
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Ketua Polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.
Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...