Pages

Tuesday, April 16, 2013

MANUSIA YANG DIBELA DAN DIBESARKAN BINATANG!

MANUSIA YANG DIBELA DAN DIBESARKAN BINATANG! (1)Anda pasti pernah mendengar kisah tentang Tarzan ataupun Mowgli (The Jungle Book)?

Yang menjadi pertanyaan kita adalah, apakah mungkin manusia dijaga oleh binatang?

Menurut logik akal perkara tersebut tidak mungkin terjadi...

Tetapi di dunia ini ada banyak kejadian yang terjadi dimana anak manusia dipeliharan oleh binatang.

Malah mereka berkelakuan dan berkomunikasi seperti binatang yang memeliharanya.

1. UKRAINIAN DOG GIRL

Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanya yang tidak bertanggungjawab dari usia 3 sampai 8 tahun, Oxana Malaya membesar tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut.

Ketika ia ditemui pada tahun 1991, ia tidak boleh bercakap,hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak.

Sekarang umurnya sudah mencapai 20-an, Malaya telah diajarkan untuk bercakap tetapi masih mengalami gangguan kognitif.

Pada masa ini Malaya bekerja menjaga lembu di sebuah ladang ternak berhampiran hospital mental tempat beliau tinggal.

2. MADINA

Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan ibu bapa sehingga ditemui semasa berumur 3 tahun. Dia hidup dan dipelihara olehanjing.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak,dan lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal dirawat pasukan perubatan tidak lama setelah ditemui.

Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggal, dia beruntung kerana masih kecil, seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa.

3. PETER THE WILD BOY

Seorang budak lekaki, tanpa pakaian dan berbulu merangkak berjalan keluar dari hutan berhampiran Hameln, Jerman pada tahun 1724.

Akhirnya dia berjaya dipujuk dan ditangkap. Beliau berperilaku seperti binatang liardan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak boleh bercakap.

Setelah dipindahkan ke England, beliau diberi nama Petru si Anak Liar.

Walaupun beliau tidak pernah belajar bercakap, beliau sangat meminati muzik, rajin bekerja dan hidup sehingga tua.

4. Lobo Wolf Girl of Devil's River

Pada tahun 1845, seorang perempuan muda misteri kelihatan berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing berhampiran San Felipe, Mexico.

Cerita ini dikukuhkan setahun kemudian ketika perempuan muda itu kelihatan lagi, kali ini dia sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh.

Menurut cerita yang beredar, penduduk setempat khuatir dan mencari perempuan itu keesokan harinya dan akhirnya berjaya menangkapnya.

Dia melolong tak henti-henti sepanjang malam, menyebabkan sekumpulan serigala datang ke kampung untuk menyelamatkan perempuan muda itu.

Pada akhirnya beliau dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.

Perempuan muda itu kelihatan lagi sehingga tahun 1852, terakhir kelihatan sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai.

Merasa terganggu, dia mengambil dua anak serigala dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah dilihat lagi.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...