Pages

Tuesday, April 30, 2013

Lelaki terkuat dari Afrika Barat

2013-04-30_071213ABIDJAN, Ivory Coast -

Seorang lelaki di Afrika Barat telah diisytiharkan sebagai lelaki terkuat di Ivory Coast

Sabtu lalu.

Lelaki itu, Okonkwo Patrick Adebayor atau lebih dikenali sebagai Shaka Zoulou diumumkan sebagai pemenang pertandingan olahraga Lelaki Terkuat di negara terbabit.

Shaka Zoulou berjaya menjuarai pertandingan yang pertama kali diadakan di Ivory Coast, sekali gus menjadi perintis peserta terkuat pada pertandingan berkenaan.

Merebut gelaran lelaki terkuat bukanlah satu tugas mudah. Shaka Zoulou terpaksa melalui beberapa halangan paling sukar yang telah ditetapkan.

Dia perlu menarik sebuah trak yang mempunyai 22 kerusi seberat 5.5 tan sejauh 12 meter. Selain itu, dia perlu menterbalikkan sebuah tayar gergasi seberat 410 kilogram dari satu lokasi ke lokasi lain yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, Shaka Zoulou juga perlu menjinjing bebanan seberat 220 kilogram.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...