Pages

Wednesday, April 10, 2013

Lelaki mengamuk guna kapak bunuh 9 orang

amuk1RAIPUR -

Seorang lelaki  mengamuk menggunakan kapak di sebuah kampung sehingga membunuh empat wanita dan lima kanak-kanak perempuan

di Chhattisgarh, India.
Menurut polis, motif penyerang masih tidak diketahui tetapi lelaki itu didakwa mempunyai masalah mental.

Lelaki yang dikenali sebagai Panduram, 35 itu juga difahamkan baru saja ditinggalkan isterinya.
Ketika kejadian, semua mangsa yang terlibat adalah wanita kerana semua lelaki keluar bekerja di siang hari.

Lelaki itu kemudian ditahan dan senjata yang digunakan turut dirampas pihak polis.
Menurut media tempatan, keluarga mangsa akan menerima pampasan sebanyak AS$25,000 (RM77,000) oleh pihak berkuasa tempatan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...