Pages

Tuesday, April 23, 2013

Kerana Dadah Wanita Cantik Ini Musnah

Kerana Dadah Wanita Cantik Ini MusnahSeorang wira perang yang bertukar kerjaya dari unit pemusnah bom tentera menjadi penyeludup heroin
dipenjarakan, semalam.Bekas Lans Korperal, Naomi Thriepland, 25, pernah mendapat pujian kerana tugas memusnahkan bahan letupan (IED) di Afghanistan.

Bagaimanapun, selepas berhenti kerja dia menyertai kegiatan penyeludupan dadah untuk memperoleh taraf kehidupan lebih baik buat dirinya dan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun, lapor mahkamah Agung Canterbury. Naomi ditahan di Coquelles, Perancis dalam kereta yang diparkir serta mengandungi heroin yang bernilai lebih 170,000 pound (RM826,976).

Anak perempuannya turut ada bersamanya ketika itu dan Naomi berkata kepada pihak berkuasa ketika itu mereka sedang mengunjungi Disneyland, Paris.Naomi yang kini hamil dan berasal dari Dalton-in-Furness, Cumbria, mengakui menyeludup dadah dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.-mymetro

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...