Pages

Thursday, April 25, 2013

Kartunis ditahan polis

e55834c407fb44906c03514adbeb62a2Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque telah ditahan polis

atas dakwaan yang melanggari seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Beliau kini dibawa ke ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Pihak polis telah menggeledah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd milik Zunar pada jam 4 petang tadi dan telah merampas hampir 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia dan juga beberapa lukisan kartunnya. Buku berkenaan sebenarnya bakal dilancarkan malam ini.

Sebelum ini, beberapa buku hasilannya telah diharamkan. Antaranya ialah 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Pejabatnya itu yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh kira-kira sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna dari balai polis Brickfields. Serbuan dibuat selepas laporan polis dibuat oleh pihak tertentu mengenai buku tersebut.

Menurut Zunar, alasan bukunya Cartoon-o-Phobia itu diharamkan sebelum ini kerana didakwa oleh kerajaan penulisan dan lukisan itu mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.

Zunar memberitahu nama Cartoon-o-phobia itu dipilih sebagai memberi gambaran ketakutan oleh sesetengah pihak terutamanya kerajaan dengan karya-karya kartun politik di dalam negara.

Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan sebuah anak syarikatMalaysiakini.

Antara kartunnya adalah menyentuh ialah isu-isu awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...