Pages

Wednesday, April 10, 2013

Isu Pasaraya NSK Selayang Jual Daging Babi Terjawab

daging-babi-nskSejak 2-3 hari nie Isu Pasaraya NSK di Selayang menjual daging babi secara terbuka, telah mendapat perhatian pelbagai pihak.

Sebelum ini penulis telah melihat di fanpages di Facebook telah kongsikan sekeping gambar yang dikatakan daging babi segar di Pasaraya NSK Selayang sedang ditunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil. Bagaimanapun penulis masih mencari kesahihannya dari pelbagai pihak sebelum di war-warkan di laman portal.

Akhirnya saat yang di tunggu telah pun datang dimana akhbar sinar harian telah cuba mencari jawapan yang sebenar.

Pihak NSK Selayang menafikan ada daging khinzir dijual di premis berkenaan seperti mana dakwaan pemilik akaun sebuah laman sosial menerusi gambar yang sebarkan.

Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.

“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berharap penjelasan itu akan dapat menepis segala kekeliruan yang timbul sekali gus pengguna tidak ragu untuk terus membeli daging di NSK Selayang.

Difahamkan, gambar memaparkan imej dua ketulan daging didakwa babi mula tersebar di laman sosial, bermula semalam.

Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.

Sumber berkenaan turut bimbang sekiranya daging babi itu dijadikan kepingan kecil menggunakan mesin pemotong sama dengan daging lain di pasaraya berkenaan.

Dan akhirnya hari ini di ahbar online Sinar Harian ada memuatkan berita mengenai hal ini. Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.

“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...