Pages

Wednesday, April 10, 2013

Bangladesh haramkan tayangan Doraemon di TV

dora (1)Bangladesh mengharamkan kartun Jepun, Doraemon, muncul di kaca tv kerana risaukan menjadi ketagihan kanak-kanak .

Versi yang ditayangkan di Bangladesh merupakan edisi alih suara berbahasa Hindi. Padahal, pemerintah Bangladesh tengah mencanangkan gerakan berbahasa Bengali.
Menteri Informasi, Hasanul Haque Inu, di hadapan parlimen mengatakan telah mengirim surat larangan tersebut kepada seluruh saluran televisyen yang menayangkan filem kartun Jepun Doraemon.

“Kerajaan tidak mahu suasana pendidikan kanak-kanak diganggu oleh Doraemon,” katanya.
Larangan dikuat kuasakan setelah berita beberapa surat khabar tempatan, yang bimbang kanak-kanak lebih suka berbahasa Hindi berbanding Bengali. Parti politik yang berkuasa, Shahriar Alam, meminta agar saluran televisen hanya menayangkan kartun-kartun asing yang dialih suara ke dalam bahasa Bengali.
Bangladesh sangat sensitif terhadap pengaruh budaya jirannya, India. Namun, jutaan penduduknya lebih suka menonton filem berbahaya Hindi yang dipancarkan menerusi  satelit, berbanding siaran tempatan berbahasa asli, Bengali.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...