Pages

Thursday, March 28, 2013

Trend Perut Boyot Untuk Wanita Melanda Britain

Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik.

Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu.

Dia mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal ibu, satu lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di Britan.

“Saya memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus melukis wajah.

“Ogos lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada saya boleh melukis pada perut boyotnya.

“Saya teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan kehamilannya. Saya melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya berkembang.

“Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih kreatif.

Leila menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan imej pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya.

Antara rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bay
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...