Pages

Wednesday, March 27, 2013

Gadis Lukis Gambar Guna Bibir

Di dunia ini, kita sering menemukan banyak perkara yang luar biasa. Untuk menjadi terkenal, beberapa orang rela melakukan sesuatu yang di luar pemikiran manusia. Hal ini kerap terjadi, jika berkaitan dengan seni.

Natalie Irish, seniman asal Houston, Amerika, yang dikenali mahir melukis dengan bibir. Ia menggunakan bibirnya untuk menciptakan karya seni yang luar biasa.


Lip art menjadi dunia yang kini dibudayakan Natalie dengan serius. Bahkan, tidak sedikit orang yang mulai ingin tahu dengan hasil karyanya. Salah satu lukisan fenomena yang ia lukis dengan bibirnya adalah potret Marilyn Monroe. Lukisan tersebut berhasil menampilkan kesan epik.

Tidak berhenti di situ. Untuk menghormati Duchess of Cambridge, Natalie juga sempat membuat sebuah lukisan wajah Kate Middleton dengan bibirnya, sebagaimana dinyatakan Huffingtonpost (15/8).


Lukisan itu pun kemudian dipertontonkan di Ripley's Believe It Or Not di London dan hasilnya telah memukau penonton. Mereka bahkan tiak hanya kagum, tetapi juga sulit percaya bahawa Natalie memiliki bakat luar biasa seperti itu.

Ingin tahu? Jom lihat aksi Natalie ketika melukis dengan bibir!

2 comments:

  1. assalam..ehem dia memiliki kebolehan yg luar biasa..besarnya kuasa Allah.. thanks.. ;)

    ReplyDelete
  2. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...