Pages

Tuesday, March 26, 2013

Bahayanya Tidur Dengan Kucing Atau Haiwan Lain

erinsleepingwithdutch

Zhou adalah gadis pecinta haiwan, kerana  cintanya selalu  tidur bersama haiwan peliharaannya iaitu kucing dan anjing.  suatu hari ia demam dan menjadi lumpuh

. Doktor yang memeriksa mengatakan ia terkena parasit dari haiwan peliharaannya.
Zhou (21 tahun) yang berasal dari China ditemui lumpuh setelah tulang-tulangnya lemah kerana dijangkiti parasit dari haiwan peliharaannya. Zhou telah bertahun-tahun menderita demam secara tetap dan kemudian kaki bawahnya mulai tidak boleh digerakkan seperti dipetikr dari chinadaily, Khamis (22/3/2012).
Doktor Hospital Zhu Jiang melakukan pemeriksaan dan menyatakan bahawa Zhou dijangkiti parasit jenis Echinococcosis. Sejenis parasit yang dapat berkembang dalam tubuh manusia dan mamalia lain, seperti kambing, anjing, tikus, dan kuda.
Parasit Echinococcosis yang hidup pada haiwan kesayangan adalah jenis Echinococcus granulosus. Iaitu berupa cacing pita dengan panjang 3-6 mm.
Cacing dewasa ini hidup melekat pada usus halus haiwan mamalia. Kemudian ketika cacing-cacing tersebut bertelur, akan ikut keluar bersama najis dari mamalia yang ditumpanginya.
Jika telur cacing pita ditelan oleh manusia, maka telur akan menetas dalam tubuh manusia. Cacing-cacing tersebut dapat menembusi dinding usus dan boleh menjangkiti organ dalam manusia seperti hati, paru, otak, buah pinggang, limpa, otot dan tulang.
Zhou mungkin telah dijangkiti oleh parasit haiwan peliharaannya sejak kecil. Tulang-tulangnya telah terhakis oleh gigitan dari parasit selama bertahun-tahun.
Para ahli mengatakan parasit boleh menjangkiti anak-anak melalui interaksi dengan haiwan kesayangan. Keluarga dengan ibu hamil atau anak-anak disyorkan untuk menempatkan haiwan peliharaannya dalam kandang.

sumber.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...