Pages

Monday, November 12, 2012

Pemandu teksi jadi penyelamat

ne_01.1
KOTA TINGGI - Lapan pelancong warga Singapura berjaya ditemui pagi semalam selepas mereka dilaporkan sesat selama 24 jam ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan Air Terjun Kota Tinggi kelmarin…
.

Kesemua mereka berjaya diselamatkan selepas seorang daripada mereka menghubungi pemandu teksi yang menghantar mereka ke kawasan tersebut pada pukul 7.55 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, 18 anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mereka dalam keadaan sihat pada kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Penduduk kampung turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mereka itu yang bermula pukul 7 pagi.
Che Mahazan berkata, mangsa yang terlibat dikenali sebagai Tay Wei Xin, Law Teck Chuan, Sng Yu Xin, Lim Pong Hui, Sng Ping Qiu, Wong Thiam Siang, Seow Pei Wen dan Xiao Yulin.
Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...