Pages

Thursday, September 13, 2012

Tanggung azab diikat lima jam


Rompakan
KEPONG – Seramai 11 pekerja sebuah syarikat produk tenusu terpaksa menanggung azab selama lima jam sebelum dapat melepaskan diri dari diikat sekumpulan empat perompak bertopeng yang melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM200,000,Kejadian pukul 5.30 petang  di Metro Perdana berlaku ketika mereka yang sedang asyik menjalankan tugas di pejabat urusan syarikat tersebut didatangi kesemua perompak yang mengacukan parang dan pistol.......

Suspek kemudian telah mengumpulkan kesemua pekerja berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut sebelum mengikat mereka lalu mula menggeledah. Difahamkan, mereka melarikan wang 2,500 Euro (RM9,899), telefon bimbit, barang kemas dan pelbagai barangan berharga lain.
Tidak lama kemudian, kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Avanza.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kesemua pekerja warga tempatan terbabit tidak cedera.
“Perompak melarikan diri dengan sebuah kereta dipercayai jenis Toyota Avanza berwarna putih. Polis masih menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.
Difahamkan, jumlah kerugian keseluruhan yang terpaksa ditanggung syarikat berkenaan mencecah RM200,000.
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...