Pages

Tuesday, September 25, 2012

Tanah runtuh makin serius

image (11)

BERA - Penduduk mendesak pengurusan Felda Tementi bertindak segera mengatasi masalah tanah runtuh berdekatan balai raya di tanah rancangan itu…

Wakil penduduk, P Sarawanan berkata, kejadian tanah runtuh berlaku kira-kira dua bulan lepas, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan susulan.
Menurutnya, walaupun kejadian itu berlaku agak jauh dari kawasan perumahan, tetapi ia berdekatan dengan beberapa bangunan penting seperti balai raya dan masjid.
“Jangan biarkan tanah runtuh berlarutan tanpa sebarang tindakan kerana ia akan menjejaskan struktur tanah di sini.
“Lagipun, sekarang kerap hujan menyebabkan tanah tidak stabil dan mungkin akan bertambah teruk,” katanya.
Beliau yang juga Naib AMK Malaysia berkata, dia menyuarakan  pandangan bukan untuk kepentingan politik, sebaliknya sebagai anak peneroka di sini.
Katanya, dia juga bertanggungjawab untuk memberi pandangan berkaitan keadaan kampung, lebih-lebih lagi apabila membabitkan keselamatan penduduk.
“Walaupun kejadian itu tidak terlalu merosakkan struktur jalan raya di sini, tetapi ia boleh memburukkan lagi keadaan jika tiada tindakan diambil.
“Sehubungan itu, saya minta pihak berkenaan menjalankan kerja baik pulih segera supaya keceriaan kampung dan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara,

Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...