Pages

Saturday, September 22, 2012

Lesap bersama jongkong emas

image (1)

DUNGUN - Saya harap adik lelaki saya segera pulang kerana ibu amat merindukannya,” kata Norhidayah Shaffee, 25, kakak kepada, Mohd Shukri, 23, seorang broker sambilan yang dilaporkan hilang setahun lalu selepas dipercayai melarikan jongkong emas milik arwah bapanya…..

Norhidayah berkata, selepas bapanya meninggal dunia September 2011 lalu, adik lelakinya itu yang tinggal berasingan di rumah sewanya dekat Gong Gemia secara tiba-tiba menghilangkan diri menyebabkan Norhidayah dan 11 beradik yang lain hilang punca setelah menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka peninggalan arwah bapanya.
Kata Norhidayah, kehilangan adik lelakinya yang juga anak kesembilan daripada 12 beradik itu menjadi tanda tanya apabila Mohd Shukri dipercayai turut melarikan seketul jongkong emas bernilai kira-kira RM100,000 milik arwah bapa mereka yang diamanahkan kepadanya untuk menjaganya dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dibeli arwah bapa ketika hayatnya.
“Dia mungkin sudah menjual jongkong emas itu dan takut hendak pulang kerana pasti disoal kami adik beradik.
“Namun, itu bukan masalahnya, kalau dia tidak pulang, kami sukar menyelesaikan hal pusaka arwah,” katanya.
Menurut Norhidayah, mereka sudah puas mencari Mohd Shukri namun adik lelakinya itu yang turut bekerja sebagai kontraktor sambilan gagal dikesan.
"Kami sedia memaafkan kesalahan Mohd Shukri seandainya dia sudah menjual emas itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...