Pages

Tuesday, September 11, 2012

Kepala pecah otak keluar tak sempat brek’


SABAK BERNAM: “Ngeri saya melihat kepala seorang daripada mangsa pecah dan otaknya terkeluar,” kata S Kumar, 30, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta mengakibatkan lima maut termasuk tiga sekeluarga di Kilometer 70, Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Parit Tujuh kira-kira jam 2 petang itu, Kumar yang memandu lori tiga tan bersama kelindannya dikenali sebagai Sivakumar, 25, dalam perjalanan ke Pantai Remis, Perak, selepas menghantar muatan telur ayam di Klang......

Tiga beranak yang terbunuh ialah Yeap Chin Hing, 52; anak lelakinya, Yeap Soon Keong, 19, dan anak perempuan, Yeap Chin Maei, 25. Turut maut dalam kejadian itu ialah dua wanita yang juga rakan Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.
Empat daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Chin Maei meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang.

Kumar berkata, sebelum kemalangan dia melihat sebuah kereta Honda City dinaiki lima mangsa dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta lain.

“Ketika memotong, ia bergesel dengan sebuah Honda CRV dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan menuju ke arah lori.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...