Pages

Wednesday, September 26, 2012

Kedah diminta kaji pengurusan Kuin

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah disaran supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan mengkaji perjalanan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana timbul banyak isu membabitkan kolej universiti itu sejak kebelakangan ini...


 pelbagai masalah dihadapi Kuin antaranya melibatkan kewangan dan program-program yang ditawarkan.
"Pada majlis konvokesyen Kuin 17 September lalu, tujuh graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda al-Quran tidak dapat sijil mereka sebab tidak mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Perkara ini suatu yang sangat malang dan sedih bagi graduan-graduan yang bersusah payah belajar tetapi akhirnya tidak mendapat ijazah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan secepat mungkin bagi menyiasat perkara itu kerana dapat dilihat dengan jelas pihak pengurusan Kuin alpa sehingga berlaku satu kesilapan yang sangat besar.
Akhbar sebelum ini melaporkan tujuh graduan itu terkejut apabila ijazah yang diperoleh pada konvokesyen Kuin, 17 September lalu tidak diiktiraf kerana dokumentasi yang diserahkan kepada Hal Ehwal Akademik (HEA) untuk dipanjangkan kepada MQA ditolak, atas alasan ia tidak menepati format ditetapkan.
Mahdzir berkata, akibatnya graduan terbabit tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) lain, selain tidak dapat membuat permohonan kerja dengan sektor awam.
"Selain menghadapi masalah itu, saya difahamkan Kuin turut menghadapi masalah lain iaitu tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang dengan beberapa pihak.
"Saya mendapat maklumat terbaharu mengenai bangunan yang digunakan untuk pengajian Teknologi Maklumat akan disita kerana gagal menjelaskan sewa selama sembilan bulan," katanya.
Beliau berkata, Kuin perlu menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin kerana ia akan menjejaskan kredibiliti kolej universiti itu selain memberi persepsi buruk kepada masyarakat.
Kemelut pengurusan Kuin timbul sejak beberapa bulan lalu apabila kira-kira 200 kakitangannya mengadakan demonstrasi di kampus itu pada 3 Julai lalu bagi mendesak Rektornya, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman meletak jawatan kerana didakwa telah mengabaikan kebajikan pekerja dan pelajar. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...