Pages

Thursday, September 13, 2012

Dadah untuk 2 juta penagih dirampas


Dadah
MUAR - Polis semalam mendedahkan satu sindiket yang dikesan menjadikan tiga unit rumah di Pangsapuri Pemandang Tanjung di Jalan Junid di sini sebagai makmal dadah pada Sabtu lalu berselindung di sebalik perniagaan ikan kelisa bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan jiran-jiran......

Sindiket telah meletakkan lebih 100 buah akuarium mengandungi ikan tersebut di tingkat bawah apartmen dan menjalankan kegiatan haram tersebut di dalam rumah.
Lebih mengejutkan katanya, nilai sebenar dadah yang dirampas mencecah RM68 juta dan ia mungkin meningkat jika memasuki pasaran gelap. Dadah itu boleh menampung keperluan seramai 2,221,561 penagih.
"Selain apartmen itu, kita turut menyerbu dua buah rumah di sekitar bandar ini dan jumlah tangkapan seramai tujuh individu termasuk dua wanita berusia 24 hingga 50 tahun.
"Kita turut merampas bahan mentah dadah, peralatan memproses, sepucuk pistol jenis HK P7 dengan tujuh butir peluru, wang RM9,268, barang kemas bernilai RM6,704, sebuah kereta Toyota Estima serta Peugeot yang kedua-duanya bernilai RM459,268," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Isnin lalu, Kosmo! melaporkan, polis menyerbu tiga unit rumah di pangsapuri tersebut dan merampas pelbagai jenis dadah yang ketika itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta serta menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki warga emas pada pukul 6.30 pagi.
Menurut Mohd. Mokhtar, antara dadah yang dirampas ialah syabu, heroin, ketamin, serbuk dan pil ekstasi, pil eramin 5 dan kafein yang kesemuanya seberat lebih satu tan bernilai RM68 juta.
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...