Pages

Thursday, September 27, 2012

8 terkorban feri karam

lu_02.1

JAKARTA 26 Sept. -

Sekurang-kurangnya lapan maut apabila sebuah feri membawa lebih 200 penumpang, karam di perairan Selat Sunda, pulau Sumatera, hari ini selepas feri itu berlanggar dengan sebuah kapal kargo….

Menurut jurucakap Agensi Pengawalan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, feri KMP Bahuga Jaya karam kira-kira pukul 4.20 pagi ini.

Seramai 207 penumpang berjaya diselamatkan.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan berkata, selain penumpang, feri berkenaan turut membawa puluhan kenderaan termasuk trak, kereta dan motosikal.

Media tempatan melaporkan, feri milik syarikat PT ASDP Indonesia Ferry itu tenggelam setelah berlanggar dengan kapal tangki Norgas Canthika yang mengibarkan bendera Singapura.

Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...