Pages

Wednesday, September 12, 2012

2 murid ditemui lemas

je_03.1

PUTATAN 11 Sept. - Kebimbangan seorang bapa setelah anaknya tidak berada di sekolah sewaktu dijemput petang semalam terjawab apabila anaknya itu ditemui mati lemas selepas mandi di laut berhampiran Teluk Villa di sini semalam….

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 40-an berkata, anaknya, Mohammad Nurrabbiyel, 9, ditemui lemas bersama seorang rakan sebayanya, Sufian Sahide kira-kira pukul 6 petang.

"Saya pergi ke sekolah untuk menjemputnya tapi dia tiada di sana. Setelah puas mencari di sekitar taman saya diberitahu ada kes lemas di tepi laut.

"Naluri saya kuat menyatakan itu anak saya dan memang benar bila saya sampai mayat anak saya ditemui di sana," katanya sebak ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...