Pages

Wednesday, July 18, 2012

Ular tegak ayun kepala

frontpage
Isteri saya nampak ular tedung selar berwarna keemasan menegakkan kepalanya serta badan mengikut ayunan buaian bayi di ruang tamu rumah sebelum meminta bantuan jiran menghalau ular itu. ….

Seorang jiran yang cuba menghalau ular itu dengan buluh, terkejut dan berlari sebelum melompat keluar ikut tingkap sebab ular itu menyerang....

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Habibur Rahman dan isterinya Shahariah Mohd Sharif, 58, serta beberapa penduduk Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, nyaris dipatuk seekor ular tedung selar jantan sepanjang lebih empat meter dan seberat kira-kira enam kilogram
ketika kejadian dia keluar ke kedai kopi sebelum menerima panggilan telefon dari kakak iparnya menyuruh pulang segera kerana rumah dimasuki ular.
“Isteri beritahu ketika berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen, dia nampak cuaca di luar mendung dan ingin mengangkat kain di jemuran.
“Dia keluar melihat langit mendung sebelum berpaling ke rumah dan tersentak melihat seekor ular tedung selar pada kedudukan menegak dan meliuk-liukkan badan dengan kepala kembang seperti bersedia untuk mematuk buaian yang berayun ditiup angin.
“Buaian itu memang di sediakan untuk cucu yang pulang ke kampung.
Dengan bersenjatakan sebatang buluh setiap seorang mereka masuk ke rumah itu, namun ular itu sudah tiada di ruang sebelum terdengar bunyi bising seperti barang terjatuh di dapur.
sebelum ternampak kepala ular di bawah sinki dan ia agresif bila cuba dihalau dengan buluh.
Dengan bantuan penduduk bertindak menutup semua tingkap dan pintu rumah lalu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan dapat menangkap ular itu ..kedua ular masuk ke rumahnya di Lorong Bunga Raya, Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, “Dua tahun lalu sebaik saja bangun untuk solat Subuh, dia dapati seekor ular tikus di hujung kepala, bagaimanapun ular itu dapat dibunuh
Sumber :metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...