Pages

Monday, July 16, 2012

Burger Bakar KL Cikaro - Judul filem jadi tarikan

ke_04.1 (1)

ORANG sudah tidak kisah dengan harga tetapi orang akan gilakan rasanya. Begitulah kehebatan burger bakar yang mungkin sesetengah orang menganggapnya mahal berbanding burger biasa. …

.Di Kuala Lumpur sahaja terdapat ramai pengusaha burger bakar yang bersaing menampilkan keunikan hidangan burger masing-masing termasuk dari segi hiasan dan juga rasanya.

KL Burger Bakar bagaimanapun menampilkan kelainan menerusi penggunaan tajuk-tajuk filem sebagai daya penarik selain rasa dagingnya yang luar biasa.

Pemilik francaisnya Sani Halimi, 40, berkata, nama-nama filem itu dipilih kerana ia mencapai kutipan boxoffice dan dia percaya, jualan burger yang menggunakan nama tersebut juga mampu mencapai sasaran serupa.

Percaya keunikan yang ditampilkan dalam sesuatu masakan tidak kiralah dari segi nama ataupun persembahannya akan mendapat perhatian orang ramai. Pada masa sama, kami juga menyokong industri hiburan tempatan.

"Sebab itulah kami menggunakan tajuk-tajuk sedemikian," katanya yang mempunyai hubungan rapat dengan artis-artis tempatan.

Selain tiga jenis burger berkenaan, KL Burger Bakar turut menampilkan KL Bini-Biniku Gangster, KL Janda-Janda Ku Gangster dan KL Cikaro. Setiap jenama burger dijual antara RM7 hingga RM20.

Antara burger yang paling mendapat perhatian, KL Drift yang menampilkan daging burger dihias cantik dengan kepingan keju serta daging salai. Turut mendapat sambutan luar biasa, KL Menjerit yang menampilkan daging burger bersama keju dan digubah menarik dengan udang.

KL Janda-Jandaku Gangster pula diperkenalkan bagi mereka yang gemar menikmati makanan itu dalam kuantiti yang banyak iaitu daging burger yang disusun tiga tingkat dan dijual pada harga RM14.

Mungkin sesetengah orang menganggap harga itu seperti tidak munasabah namun rasai sendiri dan anda pasti terpukau dengan rasa burger dari KL Burger Bakar yang luar biasa. Ini kerana adunannya dibuat sendiri dengan campuran daging kisar, daun sup, bawang serta beberapa ramuan rahsia lain.

Lebih menarik, daging burger ini dihidangkan ketika masih panas kerana ia dibakar sewaktu pesanan diterima untuk mengekalkan kualitinya. Proses membakar daging burger ini mengambil masa antara15 hingga 20 minit.

Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...