Saya mahu tangkap buaya itu hidup-hidup. tegas Tuai Rumah Nanga Sungai Anak
dekat Roban Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri tercinta, akibat dibaham seekor buaya ganas, Bujang Sebelak...
dalam kejadian pada 19 Jun lalu.Disebabkan itu, Embol bersama penduduk rumah panjang berkenaan tidak akan menembak atau memburu buaya tersebut sebaliknya menunggu kehadiran bomoh untuk menangkap buaya pembunuh itu.Embol bersama beberapa penduduk rumah panjang hanya memantau dan meronda di sungai berkenaan bagi memastikan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan buta mata kirinya itu masih berada di sungai berkenaan. meskipun ada melihat kelibat buaya itu di sungai berkenaan, dia dan penduduk kampung tidak akan menembak buaya itu kerana tidak mahu ia melarikan diri.kerana mahu tangkap buaya itu hidup-hidup menggunakan kepakaran bomoh yang dijemput khas ke rumah panjang
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment