“Kami sekeluarga tidak putus berdoa supaya dia segera sembuh dan dapat berjalan semula. kata Hashim Nawi, 48, bapa Mohd Nursyahid Hashim, 20, yang lumpuh bahagian ...
kanan badannya akibat dirempuh seekor babi hutan dalam kejadian di Kampung Pengkalan Berangan, Marang 6 Jun lalu.
Hashim yang ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku bila anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Temala Dilir, Marang.
ketika tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba seekor babi hutan keluar dari semak berhampiran lalu merempuhnya menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal dan tercampak di atas jalan raya
Sumber : harian metro
kasihannya huhu
ReplyDelete