Pages

Friday, June 1, 2012

Gambar Pokok Kenaf


Pokok kenaf bukanlah dari kelompok pertanian 
yang diusahakan secara komersial
 seperti buah buahan
.ia mudah diperolehi di Afrika, India, Amerika Syarikat
 serta beberapa kawasan di benua Eropah dan Asia..




 pokok kenaf  dapat menjana industri baru 
dalam penghasilan pelbagai produk berasaskan fiber di negara ini
.Kenaf  ialah sejenis pokok tropika
 yang menghasilkan fiber menyerupai jut
 kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil.
  Pokok kenaf secara keseluruhannya 
dari hujung pucuk hingga ke batang mempunyai pelbagai kegunaan
 menjadikannya sebagai pilihan pertanian baru di kebanyakan negara.
 Pokok kenaf mungkin dapat menggantikan pokok getah 
sebagai alternatif dalam penghasilan produk berasaskan kayu 
seperti plywood dan sebagainya.



 Fiber dari pokok kenaf paling mendapat sambutan 
kerana boleh menghasilkan pelbagai produk berkualiti
 seperti
 papan pemuka dan siling kenderaan, baju, kertas dan sebagainya. 
Daun pokok kenaf pula boleh dijadikan makanan haiwan ternakan dan teh,
bunganya dapat dijadikan anak belih.
Pokok kenaf  dapat dituai pada tempoh empat bulan sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...