Pages

Tuesday, June 26, 2012

Bujang Sebelak tak mahu timbul

Seorang bomoh buaya yang didakwa sudah berdialog secara batin dengan buaya-buaya di Sungai Sebelak sejak malam kelmarin mengakui  memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari. untuk...
menangkap Bujang Sebelak yang telah membunuh seorang suri rumah baru-baru ini.
Indet anak Sanabong, 49, mengakui Bujang Sebelak yang membaham hingga mati Siah Munsong, 42, ketika mangsa mandi di jeti Sungai Anak di sini minggu lalu amat degil untuk timbul berbanding buaya lain.
Perkara itu, katanya, terbukti apabila daging anjing putih mentah yang digunakan sebagai umpan gagal menarik perhatian buaya tersebut.
Menurutnya, meskipun sekurang-kurangnya 10 ekor buaya sudah timbul dan berkumpul di satu permukaan sungai berkenaan selepas diberi amaran, namun Bujang Sebelak enggan berbuat demikian.
"Selepas saya berdialog dengan mereka pada pertemuan pukul 11 malam kelmarin, lebih kurang 10 ekor buaya yang terdapat di Sungai Sebelak telah timbul di permukaan.
"Namun kelibat Bujang Sebelak yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian itu tidak kelihatan,
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...