Pages

Wednesday, February 5, 2014

Fabio Flor Dakwa Diugut Bunuh Oleh Tunku Ismail

bolasepak-pmain-import-t-team-balai-polisSabtu lalu, dunia bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden kekecohan di

Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor selepas perlawanan antara pasukan T-Team dan JDT dihentikan sebelum memasuki pusingan kedua.

Puncanya, pasukan T-Team yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama enggan meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan selepas mendakwa pemain import mereka, Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta jurulatih kecergasan Impagliazzo dikasari pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat babak pertama.

Susulan itu, empat laporan polis dibuat termasuk oleh Fabio Flor di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.

bolasepak polis repot pemain impot brazil

Mengikut laporan berkenaan insiden yang sebenarnya berlaku adalah Presiden Bola Sepak Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menghamburkan ugutan berbunyi,“Fuck You Brazil, I’ll Kill You. This is my country” kepada Fabio di terowong ke bilik persalinan, kira-kira jam 9.40 malam.

Penyerang T-Team, Evaldo pula mendakwa ditumbuk di muka oleh seorang pegawai PBNJ hingga berdarah hidung.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...