Pages

Wednesday, July 10, 2013

VIDEO: KLIP SUSULAN ‘DAH SEMINGGU KITA COUPLE’

Apabila video seorang remaja perempuan meluahkan rasa cinta kepada kekasihnya menjadi viral, individu yang ditujukan dalam video berkenaan turut menarik perhatian umum.
Tidak hairanlah, video budak lelaki yang dikatakan kekasih ‘seminggu’ remaja berkenaan turut dicari pelayar internet. Hasilnya, video remaja lelaki berkenaan mendapat hit lebih 19,000 sekitar pagi tadi sahaja.
Dalam video berkenaan, remaja lelaki tersebut melakukan gwiyomi, aksi comel yang dimulakan artis lelaki Korea Selatan, Jung Ilhoon.
Bagaimanapun, hit yang diterima oleh remaja lelaki berkenaan ‘dikalahkan’ oleh sebuah lagi parodi yang dimuat naik seorang lelaki yang diilhamkan daripada video asal remaja perempuan tersebut.
Walaupun baru dimuat naik semalam (8 Julai, lebih 33,000 pelayar sudah pun menonton video berkenaan.
Sebenarnya, memuat naik video yang ditujukan kepada kekasih bukanlah sesuatu yang baru di alam maya.
Namun buat adik-adik di luar sana, berhati-hatilah kerana kita takkan pernah tahu kalau sesuatu yang asalnya dianggap hanya untuk suka-suka rupa-rupanya boleh membuatkan kita ‘popular’ dalam sekelip mata!
Video asal ‘Dah Seminggu Kita Couple’ :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...