Pages

Wednesday, July 10, 2013

VIDEO: BUAT KAKI PALSU DARI LEGO

Tidak memiliki anggota badan seperti kaki dari lutut ke bawah pastinya menjanjikan pengalaman hidup yang luar biasa bagi
seseorang, tetapi ada sebilangan manusia yang tidak akan membiarkan kekurangan itu menganggu perjalanan hidup mereka.
Itulah yang dilakukan oleh Christina Stevens, 31 tahun, selepas kehilangan kaki kirinya selepas satu kemalangan awal tahun ini, yang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.
Kecacatan juga tidak menghalang seseorang itu menjadi ikon internet, Christina kini menjadi sebutan apabila beliau merakamkan video beliau membina kaki palsu menggunakan Lego.
Menurut beliau, idea membina kaki palsu itu diperolehi daripada seorang kawan yang hanya bergurau mencadangkan kepadanya membina kaki palsu dari Lego terus membuatkan beliau membina kaki itu dan memuat naik video ke youtube.
Selain dari video berkenaan Christina yang berasal dari St Louis, Missouri, Amerika Syarikat juga berkongsi di Facebook pengalaman harian beliau tentang kehidupan seseorang yang sudah kehilangan anggota badannya.
Lebih 2,500 orang sudah menyukai Christina di laman sosial sekaligus mendorong beliau terus membantu golongan sama sepertinya untuk sama-sama berkongsi pengalaman.
Video lain di saluran youtubenya memaparkan cara-cara untuk berjalan mengunakan kaki palsu dan cara hidup seseorang yang kehilangan kaki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...