Pages

Thursday, July 4, 2013

Sorok Susu Dalam Seluar Wanita

2013-07-04_002245MUAR - Sindiket mencuri susu kanak-kanak berjenama secara berkumpulan kembali aktif di sekitar Muar

apabila menjadikan sebuah pasar raya , sebagai sasaran.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam minggu lalu, tujuh lelaki dan lima wanita dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencuri di pasar raya terbabit.
Difahamkan, kumpulan itu dipercayai menggunakan tiga kenderaan mewah dan menyembunyikan susu seberat 1.8 kilogram setiap tin di dalam seluar tiga wanita yang memakai jubah.
Pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang berkata, dia menerima maklumat daripada sebuah pasar raya lain yang terlebih dahulu turut berlaku kecurian susu.
Menurutnya, dia kemudian segera mengarahkan pekerja memeriksa rakaman CCTV dan mendapati beberapa lelaki dan wanita memasuki premis dalam keadaan mencurigakan.
“Mereka berpura-pura seperti beli barang dan menggunakan bungkusan biskut untuk melindungi susu dalam troli sebelum ia dibawa ke sudut yang agak tersembunyi untuk dimasukkan ke dalam seluar tiga wanita secara bergilir-gilir sambil dibantu dua lelaki,” katanya.
Wee Siang mendakwa, tiga ahli lain pula berada dalam kereta dan selebihnya bertindak sebagai pemerhati di dalam serta luar pasar raya berkenaan.
Katanya, tiga wanita berusia dalam lingkungan 40an itu dilihat keluar masuk dalam pasar raya melalui pintu belakang melebihi 10 kali dengan lenggok jalan yang kelihatan agak pelik.
“Apabila sedar sedang diperhatikan, mereka meninggalkan pasar raya ini dengan menaiki kenderaan yang sudah bersedia di luar pasar raya.
“Kejadian berlaku sangat pantas dalam tempoh 40 minit ketika pasar raya sesak dengan orang ramai,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya percaya kumpuan terbabit mempunyai peralatan lengkap untuk membuka besi magnet yang berfungsi sebagai keselamatan yang terdapat pada tin susu itu bagi mengelakkan susu yang diseludup keluar dikesan pihak pasar raya.
“Kali terakhir kejadian seumpama ini berlaku ialah dua tahun lalu dan tidak menyangka ia berulang lagi serta percaya ia dilakukan kumpulan yang sama,” katanya.
Katanya, jumlah kerugian dialami sebanyak RM5,000 apabila 40 tin susu telah dicuri.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...