Pages

Thursday, July 11, 2013

SIARAN LANGSUNG KAABAH OLEH GOOGLE

kaaba_mirror_edit_jjGOOGLE begitu prihatin dengan pelayarnya termasuk golongan Islam.

Sejajar dengan ketibaan Ramadan, Google memberikan talian langsung pergerakan lautan manusia di sekitar Kaabah dan Masjidilharam.

Kesempatan ini boleh digunakan sepenuhnya untuk kita merasai suasana di tanah suci Mekah biarpun berada di sudut dunia lain selain melayari lamanhttp://www.youtube.com/hajjlive.

Selain itu, Google turut mewujudkan laman baru khas istimewa sempena bulan penuh keberkatan ini, di mana umat Islam boleh berhubung satu sama lain bagi merapatkan ukhwah.

Turut diperkenalkan, hashtag Ramadan yang berfokuskan di Google untuk perkongsian seluruh dunia termasuk juadah ketika iftar dan lain-lain cerita menarik.

Perkara ini diumumkan Ketua Pemasaran Google Rantau Arab, Hadi Raad.

Sebagai tambahan kepada pelayar Islam yang ramai terutama di Timur Tengah, Afrika Utara, Malaysia dan Indonesia; Google turut memperkenalkan lamanhttp://www.google.com/landing/ramadan/ di mana keluarga yang ingin berkongsi momen bersama-sama boleh melakukannya dalam durasi hingga satu jam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...