Pages

Thursday, July 4, 2013

Hisap Sisha Boleh Datangkan Pelbagai Masalah

hisap sisha (1)CALIFORNIA - Tabiat menghisap sisha boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan serius sama seperti

merokok, sekali gus menolak dakwaan bahawa sisha adalah alternatif yang baik kepada perokok tegar untuk meninggalkan tabiat mereka.
Satu kajian oleh penyelidik di Universiti California San Francisco mendapati, penghisap sisha sebenarnya terdedah kepada bahan-bahan kimia lain yang boleh mendatangkan risiko kesihatan termasuk penyakit leukemia dan kanser paru-paru.
Penghisap sisha terdedah bahan kimia yang boleh mendatangkan penyakit.Jelas penyelidik, paras karbon monoksida yang boleh membawa maut dan benzena dalam sisha juga adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding rokok.
Pakar kimia, Peyton Jacob berkata, kebanyakan perokok tegar mencuba sisha kerana beranggapan bahan itu boleh membantu mereka mengurangkan ketagihan kepada tabiat merokok.
“Kami pula mendapati, menghisap sisha bukanlah satu alternatif yang baik kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk yang sama seperti merokok,” katanya.
Menurut Jacob, kajiannya mendapati kandungan karbon monoksida yang dihasilkan dalam tempoh 24 jam selepas menghisap sisha, adalah 2.5 kali lebih tinggi berbanding menghisap rokok.
“Kesan menghisap sisha dan rokok pada masa yang sama boleh mengakibatkan tindak balas kimia yang lebih berbahaya dan ancaman yang lebih besar iaitu penyakit kanser dan paru-paru,” jelasnya.
Tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa tabiat menghisap sisha selama sejam mempunyai kesan yang sama seperti menghisap 100 batang rokok.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...