Pages

Wednesday, July 10, 2013

Gambar guru muzik mati ditembak di SK Beris Panchor, Kelantan

Gambar guru muzik mati ditembak di Kelantan 2Seorang guru muzik hanya sempat memandu kereta jenis Mercedes C200 sejauh 50 meter keluar dari

Sekolah Kebangsaan Beris Panchor sebelum dia menemui ajal akibat ditembak penjenayah bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Baru Kampung Panjang semalam.

Kejadian pukul 1.40 petang Isnin di Kampung Beris Panchor itu mengakibatkan Hashim Mat Zain, 43, yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan dari peluru jenis 38 di dada dan bahu, dipetik dari kosmo.
Polis masih menyiasat motif kejadian namun pihak berkuasa itu tidak menolak kemungkinan hutang menjadi punca pembunuhan kerana semakan mendapati mangsa terlibat dalam perniagaan balak, jualan langsung dan kontrak kantin.
Sebaik ditembak di satu simpang yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu pagar sekolah, kereta yang dipandu mangsa terbabas ke halaman dan melanggar tangga rumah milik Siti Aminah Abdullah, 53 yang terletak kira-kira 20 meter dari simpang berkenaan.
Mengimbau semula kejadian itu, Siti Aminah memberitahu, ketika dia sedang solat Zuhur, dia terdengar empat das tembakan sebelum disusuli dengan bunyi dentuman di depan rumah.

Berikut ialah beberapa keping gambar menyayat hati mangsa tembakan dan sekitar kejadian berlaku. 

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...