Pages

Saturday, July 20, 2013

Anak jutawan dahaga kasih

xfrontpage.jpg,qhm.pagespeed.ic.ii9P2IMXhxRawang: Nyata kemewahan tak dapat menggantikan kasih sayang apabila seorang gadis belasan tahun kini

terkurung di pusat pemulihan akhlak selepas ketagihan syabu, lantaran diabaikan ibu bapanya yang sibuk mengurus perniagaan dengan pendapatan lebih RM100,000 sebulan.

“Saya rasa tersisih kerana ibu bapa sentiasa sibuk, malah mereka langsung tidak mengambil tahu hal persekolahan saya sampaikan buku rekod kemajuan saya pun, pekerja ayah yang ambilkan,” kata gadis itu yang mahu dikenali sebagai Nurin, 19.

Menurutnya, tanpa kasih sayang ibu bapa, kehidupan yang sentiasa dibaluti kemewahan sesuai dengan status sebagai anak jutawan akhirnya menjerumuskan dia ke kancah penyalahgunaan dadah seawal usia 13 tahun.
“Sebagai jalan keluar daripada kesunyian hidup tanpa perhatian emak dan ayah saya mencari keseronokan dengan menghisap syabu selepas dipelawa teman lelaki yang berusia jauh lebih tua daripada saya.

Foto

NURIN bersyukur kerana kembali ke pangkal jalan.

“Sampai satu tahap, saya bukan sekadar menagih syabu, tapi turut terjebak dengan kumpulan pengedar apabila mengambil upah membungkus dadah,” katanya yang kini menghuni Rumah Insani

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...