Pages

Saturday, June 1, 2013

Tomboy Bersalin Atas Jalan Lahirkan Bayi Songsang

Wanita Bersalin Atas Jalan Lahirkan Bayi Sonsang Seorang wanita tomboy terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang

sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.Di fahamkan, ketika kejadian wanita itu secara tiba-tiba terasa hendak bersalin dan beliau bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.
Bagaimanapun wanita yang berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.
Akibat masaalah songsang, bayi lelaki beliau gagal diselamatkan setelah kaki bayi itu terkeluar terlebih dahulu dan menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.
Menurut sumber, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.
“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.
“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.
“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.
Sumber menambah, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.
“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.
“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.
Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.
“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...