Pages

Tuesday, June 11, 2013

TAK SETUJU DENGAN GAYA HIDUP NABILA, TAPI YAKIN ANAKNYA BOLEH BERUBAH – AMY SEARCH

Aksi-Merokok-Nabila-Huda-Undang-Kontroversi-4Sebagai seorang bapa, ternyata penyanyi rock lagenda, Amy Search kurang bersetuju dengan gaya hidup anaknya

, Nabila Huda yang agak liar dan sentiasa penuh dengan kontroversi hangat.

Walaupun begitu, Amy tetap memuji sifat keibuan yang ada pada diri anaknya itu yang sentiasa mengutamakan anak tunggalnya, Keisha Laila walau sesibuk mana pun dia.

amy-nabila

“Dia seorang ibu yang baik. Tetapi sebagai manusia biasa, daripada sisi lain yakni merujuk kepada gaya hidupnya, saya tak nafikan tidak bersetuju dengan caranya.

“Tetapi saya tahu dia sudah dewasa dan caranya itu bersifat sementara. Saya yakin dia boleh berubah,” katanya yang dipetik menerusi laporan Bi-Pop semalam.

Selain itu, dia juga tidak menghalang sesiapa pun calon suami pilihan anaknya itu asalkan lelaki itu diyakini dapat memahami diri Nabila sendiri.

Nabila sebelum ini sering mencetuskan kontroversi dengan berpakaian seksi serta kehidupan sosialnya yang gemar berparti sehinggakan mendapat kritikan daripada peminatnya.

Kini, pelakon yang berusia 29 tahun itu sedang menyulam cinta bersama pelakon serta DJ Nas-T yang dikhabarkan mula berputik sejak Mac lalu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...