Pages

Saturday, June 1, 2013

Sinopsis Drama Teduhan Kasih TV3

teduhan-kasihDrama Teduhan Kasih  mengisi Slot Akasia TV3 bermula 15 Mei 2013 menggantikan drama Sedetik Cinta yang telah  berakhir

. Drama bersiri 28 episod arahan Jamal Khan ini dibintangi Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Shah Iskandar, Liza Abdullah, Talha Harith, dan ramai lagi. Teduhan Kasih merupakan drama adaptasi novel nukilan Sarah Marissa.
Sinopsis Drama Teduhan Kasih TV3

Iffa mendirikan rumahtangga bersama Ryzal, namun rumahtangganya dilanda badai. Kehadiran Ayu, yang juga merupakan sahabat baik Iffa telah menjadi punca Ryzal menceraikan Iffa yang sedang berbadan dua.Kehidupan Iffa dikusutkan lagi dengan karenah ibu tirinya. Iffa merupakan anak hasil perkahwinan kedua ayahnya.
Setelah diceraikan oleh Ryzal, Iffa telah tinggal di rumah ibu tirinya. Bermula la pelbagai kejadian dan cerita yang semakin membuatkan Iffa dalam tekanan. Ketika Iffa sedang menahan sakit ketika hendak bersalin telah mempertemukannya dengan Ehsan.
Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatang tinggi di sebuah syarikat. Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi wanita cantik dan kehidupan yang sangat bebas tetapi jiwanya kosong. Bermula dengan pertemuannya dengan Iffa telah merubah seluruh hidupnya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...