Pages

Tuesday, June 11, 2013

SATU MALAYSIA TERTIPU DENGAN GAMBAR 'ANAK FARID KAMIL'

farid-fadzilPELAKON, Farid Kamil menjadi tumpuan selepas memuat naik gambar dirinya mencium seorang bayi di laman sosial, Instagram,

semalam.
Pelbagai spekulasi timbul dengan mengaitkan bayi tersebut sebagai anak Farid dengan isterinya, Diana Danielle.
Sehingga kini, Farid mahupun Diana belum tampil menafikan perkara tersebut.
Namun, adik kepada pelakon itu, Fadzil menafikan dakwaan itu.
Dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu.

“Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.
“Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.
Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo.
“Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini.
"Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...