Pages

Sunday, June 2, 2013

Sami Bangsat Ini Ikrar Usir Umat Islam Myanmar

2013-06-02_081159Yangon: Seorang pemimpin Buddha  mendedahkan hasratnya meniru Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dalam usaha mengusir penduduk minoriti Islam dari Myanmar.

Ashin Wirathu mengetuai kempen ‘969’ untuk memulaukan perniagaan masyarakat Islam dan menamatkan perkahwinan campur antara penduduk minoriti itu dengan penganut Buddha.

“Saya tidak peduli dengan gelaran diberikan kepada saya, termasuk Osama bin Laden Myanmar atau neo-Nazi berkepala botak,” kata Ashin.

Kumpulan ‘969’ yang diketuainya bertanggungjawab terhadap keganasan bulan lalu antara pengikutnya dengan penduduk Islam yang menyebabkan 43 terbunuh di bandar Meiktila.

Dan Khamis lalu, ratusan penyokong kempen berkenaan yang bermotosikal dan membawa batang besi merusuh di bandar di timur laut Myanmar untuk membakar premis perniagaan penduduk Islam dalam keganasan terbaru di negara itu.

Kejadian di Lashio itu berlaku sehari selepas pengikut sami pelampau itu membakar masjid dan rumah anak yatim Islam.

Wirathu, sami yang amat membenci Islam, dipenjara pada 2003 kerana menghasut keganasan terhadap penduduk Islam negara itu, tetapi dibebaskan tahun lalu sebagai sebahagian daripada pengampunan untuk banduan. Dia mengaku berada di Meiktila bulan lalu ketika penduduk Buddha mengganas.

Dia menggesa penduduk Buddha di seluruh Myanmar memulaukan perniagaan masyarakat Islam dan mengagihkan pelekat ‘969,’ simbol elemen ajaran Buddha.

Sami itu, seperti kebanyakan penduduk Buddha dilihat bimbang dengan kejayaan masyarakat Islam Myanmar.

“Mereka (penduduk Islam) pandai berniaga. Mereka menguasai perniagaan pengangkutan dan pembinaan. Kini, mereka mengambil alih parti politik. Jika mereka berjaya, kami akan berakhir seperi Afghanistan atau Indonesia,” kata Wirathu.

Myanmar ialah negara Buddha, tetapi sembilan peratus daripada 60 juta penduduknya beragama Islam.

Bulan lalu, tersebar rakaman video menunjukkan anggota polis berdiri kaku sambil menyaksikan anggota ‘skuad 969’ membakar seorang lelaki Islam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...