Pages

Sunday, June 2, 2013

Putus Cinta Dengan Adik Tidak Jejaskan Persahabatan Siti Saleha Dengan Sharifah Sofia

siti salehaHubungan pelakon Siti Saleha dengan Sharifah Sofia tetap rapat walaupun cintanya sudah putus dengan adik kepada Sofia iaitu

Syed Adney Syed Hussein yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Terengganu.

Saleha, 23, berkata, dia sentiasa berhubung dengan keluarga Sharifah Sofia dan mereka tiada masalah untuk keluar bersama jika ada masa terluang.

"Putus cinta tidak jejaskan hubungan baik saya dengan Sofia, malah kami sering keluar bersama.

"Malah saya juga baik dengan keluarga mereka, mungkin antara saya dan Adney memang sudah tiada jodoh," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Memberku Hawa, di sini, baru-baru ini.

Malah, Siti Saleha dan Sharifah Sofia turut berlakon bersama dalam drama terbitan Kotex itu yang akan disiarkan bermula pada 5 Jun ini di Astro Ria.

Sharifah Sofia

Tambah Saleha, dia kini masih solo dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya selepas dua tahun hidup solo tanpa cinta.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...