Pages

Wednesday, June 5, 2013

Panggilan dari bapa selamatkan gadis dari diperkosa

  • o-KOHEI-YOSHIYUKI-570Gombak: Deringan telefon bimbit menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun daripada dirogol teman lelakinya dalam kawasan semak..

  • di Batu Arang, di sini Sabtu lalu.
    Malah panggilan daripada ayah mangsa itu yang bertanya di mana anaknya berada kerana masih belum pulang ke rumah menyebabkan teman lelaki remaja terbabit panik dan tidak meneruskan niatnya untuk merogol sebelum bertindak menghantar kekasihnya itu pulang semula ke rumah.
    Bagaimanapun, kesan gigitan cinta di leher mangsa menyebabkan keluarganya mendesak untuk mengetahui apa yang berlaku sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Arang, Ahad lalu.
    Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama teman lelakinya pada mulanya menghadiri majlis hari lahir kenalan mereka di Bandar Tasik Puteri, Rawang, dekat sini jam 4.30 petang.
    “Tidak lama kemudian teman lelakinya mengajak mangsa ke kedai runcit kononnya ingin membeli barang menyebabkan remaja terbabit yang tidak mengesyaki apa-apa mengikut teman lelakinya menunggang motosikal.
    “Bagaimanapun lelaki itu tidak membawanya ke kedai sebaliknya melencong ke kawasan semak di kawasan Batu Arang, sebelum memberhentikan motosikal dan memaksa mangsa turun,” katanya.
    Sumber berkata, lelaki itu kemudian menolak mangsa sehingga terjatuh dan terus mencium leher dan meraba seluruh tubuh badan kekasihnya itu.
    “Terkejut dengan tindakan itu, mangsa memarahinya dan meminta menghentikan perbuatan itu namun tidak diendahkan,” katanya.
    “Malah lelaki berkenaan turut meninggalkan kesan gigitan cinta di leher mangsa sebelum cuba merogolnya. namun perbuatan itu terhenti selepas telefon bimbit mangsa berdering,” katanya.
    Menurutnya, mujur panggilan itu daripada ayah mangsa menyebabkan lelaki berkenaan panik dan terus menghentikan niatnya untuk merogol kekasihnya itu.
    “Mangsa kemudian dihantar semula ke majlis sambutan hari lahir kenalan mereka sebelum lelaki itu terus beredar.
    “Keluarga mangsa yang mengetahui apa yang berlaku selepas didesak kemudian membuat laporan polis,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...