Pages

Sunday, June 9, 2013

Ngeri! Warga Emas Hancur Kepala Digilis Treler

Kepala-HancurSeorang warga emas hancur kepala akibat digilis treler selepas motosikal yang ditunggangnya

bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 67.7 Jalan Kuala Terengganu- Kota Bharu dekat Sungai Tarom, Permaisuri petang kelmarin.

Akibat kemalangan kira-kira jam 1.11 petang itu, kepala Abdullah Mamat, 82, hancur dan bertaburan berhampiran tayar bahagian belakang treler tersebut.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP A Rahman Raja Mohamed berkata, lebih menyayat hati kerana kemalangan itu dikatakan berlaku selepas mangsa selesai menerima wang bantuan banjir di  Dewan Majlis Daerah berhampiran.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar dari simpang kiri jalan sebelum bahagian belakang treler terbabit melepasi simpang itu.

“Mangsa telah melanggar bahagian tengah kenderaan yang datang dari arah Jertih ke Kuala Terengganu itu, menyebabkan kepala mangsa dan badannya digilis bahagian tayar belakang treler tersebut dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

A Rahman berkata, pemandu lori yang tidak mengalami sebarang kecederaan memberhentikan kenderaannya apabila menyedari ia terlanggar sesuatu.

Mangsa mengalami kecederaan teruk dan mayatnya yang beralamat di Kampung Tasek, Bandar Permaisuri dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...