Pages

Sunday, June 2, 2013

ND Lala disamun 10 orang mat rempit

Bapa Shila Amzah, ND Lala disamun 10 orang mat rempitBapa kepada penyanyi terkenal tanahair, Shila Amzah iaitu Amir Amzah Salleh, 50, telah mengalami detik mencemaskan apabila

disamun sekumpulan mat rempit manakala kereta BMW miliknya dirosakkan.
Menurut ND Lala, kejadian itu berlaku sekitar jam 3.40 pagi Sabtu di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.
“Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 orang mat rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar. Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka.”
“Saya singgah di stesen minyak itu dan selepas ke tandas, saya masuk semula ke dalam kereta sebelum membuka telefon untuk membaca SMS."

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...