Pages

Friday, June 28, 2013

KISAH BAGAIMANA CALVIN THOO TERBUKA HATI PELUK ISLAM

calvin thoo-horzPereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo  telah memeluk agam Islam.  nama jejaka ini menjadi bualan

di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).

Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.

Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.

Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di tingkat 4,pusat membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan banyak lagi.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...