Pages

Wednesday, June 26, 2013

Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia

Siti-SarahPETALING JAYA – Ibu kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin iaitu Nur Aini Mohamad, 56, meninggal dunia

di Hospital Ampang pada pukul 6.36 pagi Rabu.

Menurut Sarah, 30, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

“Arwah ibu dah mula sakit serius sejak Oktober tahun lalu dan sering kali keluar masuk hospital.

“Siapa tak sedih apabila ibu kita dah pergi. Saya hanya kena reda dengan ketentuan takdir,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu di sini.

Nur Aini yang juga isteri kepada pelakon Raisuddin Hamzah sebelum ini pernah bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum bersara akibat penyakit berkenaan.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak dekat sini selepas solat Zuhur.

mStar Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...