Pages

Sunday, June 2, 2013

Hubungan Justin Bieber Dengan Mally Sudah Berakhir?

442013_biebermally-a Sebaik saja putus cinta dengan bekas kekasihnya, Selena Gomez, hubungan Justin Bieber dengan seekor monyet jenis Capuchin bernama Mally juga

monyet-justin-biebernampaknya tidak mampu bertahan lama.
Haiwan yang comel itu telah diberikan kepada Bieber sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-19 oleh produser rekod, Jamal Rashid pada tahun lalu. Namun, ianya telah terpisah dengan Bieber selepas pop idol yang digilai ramai remaja wanita ini gagal membawa masuk monyet tersebut di Jerman tanpa sebarang dokumen yang sah.
Kini, Mally yang sebelum ini telah ditahan di lapangan terbang, Franz Josef Strauss telah dipindahkan ke sebuah tempat perlindungan di Munich.
Bieber yang masih lagi meneruskan konsert jelajah dunianya, masih lagi belum menghubungi pihak berkuasa di lapangan terbang Franz Josef Strauss untuk bertanyakan tentang situasi dan keadaan haiwan peliharaanya itu.
"Seandainya monyet itu tidak diambil, kami tidak agak teragak-agak untuk menyerahkannya kepada pihak lain.
"Sehingga kini, kami sudah menerima beberapa pertanyaan daripada pelbagai zoo di UK dan Holland yang berminat untuk mengambil Mally. Kami tidak akan menyerah lagi Mally kepada orang perseorangan," kata Karl-Heinz Joachim iaitu pengarah di rumah perlindungan itu.
Apapun, Bieber kini dilihat asyik menghantar posting tweet mengenai hari ulangtahun kelahirannya ibunya, Pattie Mallette dan nominasinya di dalam Billboard untuk Milestone Award serta bagaimana hebatnya fansnya yang digelar Beliebers di Jerman. Namun, tidak sedikitpun, Bieber menyebut nama Mally

Sumber.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...