Pages

Tuesday, June 11, 2013

Gambar Detik Detik Jatuhnya Pesawat Boeing 747-400 Milik Amerika Di Afghanistan

575544_145485172301152_1183371525_nDunia penerbangan khususnya penerbangan tentera kembali berduka.

Pesawat angkut tentera jenis Boeing 747-400 jatuh di Afghanistan pada 29 April 2013. Pesawat ini merupakan pesawat yang difungsikan sebagai pesawat kargo.
Pesawat tersebut jatuh di Pangkalan Udara Bagram, Afghanistan, tak lama selepas berlepas. Pesawat tersebut pada mulanya kelihatan terbang dengan normal tanpa terlihat adanya hal yang tidak beres. Namun tak lama kemudian, pesawat tersebut menukik dan menghentam ujung landasan.

Detik-detik mengerikan jatuhnya Boeing 747-400 di Pangkalan Udara Bagram
Tragedi ini menewaskan 7 orang tentera Amerika Syarikat yang ikut terbang dalam misi Operation Enduring Freedom ini. Punca kemalangan ini masih disiasat.

Rinku Summan, salah satu askar AS yang terbunuh dalam tragedi ini

Tentera AS mengusung peti jenazah para mangsa ketika tiba di Pangkalan Tentera Udara Dover
Sebagai nota, akhir-akhir ini pesawat Boeing sering mengalami kemalangan. Terkira banyak kemalangan pesawat komersil di Indonesia di mana sebahagian besar pesawat yang celaka adalah pengeluaran Boeing seperti yang terakhir terjadi pada pesawat Lion Air yang gagal mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali, dan terhempas ke laut pada medio Mac 2013 lalu

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...