Pages

Thursday, June 6, 2013

Cicak ekor tiga minum kopi

imageMUAR – Seorang lelaki terkejut selepas menemui seekor cicak yang mempunyai tiga ekor di rumahnya

di Taman Mas Ria kira-kira dua minggu lalu.
cicak itu ditemui di ruang tamu rumahnya ketika sedang menonton televisyen.
Menurutnya, keunikan pada haiwan itu disedarinya ketika ingin membuang cicak berkenaan.
“Apabila diamati cicak ini memiliki lebih daripada satu ekor bukan seperti kebiasaan telah membantutkan hasrat untuk membuang haiwan berkenaan.
dia meletakkannya diletakkan di dalam sebuah balang plastik kerana  belum menemui bekas yang sesuai..sejak haiwan berkenaan berada di bawah jagaan keluarganya, cicak berkenaan kelihatan normal seperti biasa dan keluarganya tidak mengalami sebarang kejadian pelik.
“Cuma cicak ini sering mengeluarkan bunyian lebih nyaring pada waktu malam terutamanya jika ia terlihat cicak lain.
“Atas nasihat seorang rakan, dia memberi cicak itu  makan lalat dan air kopi manis.  Memang pelik, namun itulah kesukaan haiwan berkenaan terutama minuman yang manis, keunikan yang jarang ditemui itu telah mendorongnya untuk terus membela haiwan berkenaan.
kini rumahnya sering menjadi tumpuan ramai orang.
untuk melihat keunikan cicak tersebut .meskipun ada seorang peniaga Cina menawarkan RM300 untuk membeli cicak ini dia tidak bercadang untuk menjualnya walaupun ada pihak yang ingin menawarkan harga yang lumayan.
“Cicak ini tidak akan dijual, namun kepada orang ramai yang ingin melihatnya sendiri bolehlah berkunjung ke rumahya..

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...